Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Kelahiran Anak Pertamaku ft. Anakku... Akhirnya Kau Pergi Jua

AllahuAkbar. AllahuAkbar. Terdengar bunyi tangisanmu sayang. Pada tanggal 10.4.15 ini, lahirlah Perwira, Yang tidak sama sekali dijangkai. Terpancar sebuah senyuman, Yang terukir di bibir ini, kerana kelahiranmu yang teristimewa. Menjadi penyeri Mahligai Kasih, Pemangkin sebuah kebahagiaan, Engkaulah Permata hati, Dambaan Kasih Ini. Penawar Duka dan lara. Menghilangkan Segala Kepedihan. Engkaulah harapan, Kelahiranmu membawa erti kebahagiaan. Semoga kau kekal dalam ingatan, Insan insan di sekelilingmu. Anakku :')
Kronologi kelahiran Si Yatim Piatu Yang Teristimewa

10.4.15 - Jumaat


Saya Jumpa Dia. Ye Saya Jumpa. Bawah dapur saya. Berdarah. Masih baru lahir tapi dah ditinggalkan ibunya. Kesian. Saya takut dia sejuk. Saya ambik masukkan dalam kotak yang dilapik kain. First day, Saya hanya letakkan di luar rumah. Takut parents marah.

Comel kan? Gaya dia tidur, buat hati saya tenang. Tak pernah setenang ini. Ye saya mengaku. Saya dah jatuh hati dengan dia. Sangat sangat. Tapi hati saya risau. Apa yang perlu saya buat untuk pastikan dia bertahan. Sedangkan kucing yang dah bercerai susu pun adakalanya tak mampu bertahan. Ini pula baru 1 hari. Boleh bayangkan? Saya google saya instagram. Saya cari cara. 2 hari dia tak makan tak minum. Astaghfirullah saya tak mampu bayangkan seksanya dia. 

Saya pergi petshop yang terdekat. Saya beli botol susu, susu, picagari. Saya tak kisah habis duit banyak mana, ikat perut lama mana. Yang saya nak. Dia makan, dia selamat. Saya Sayang awak.

Bila sendiri yang susukan, yang apa semua. Rasa macam anak sendiri. Rasa sayang tu makin bertambah. Orang tak faham, sebab dia tak rasa.

Saya google. Saya cari "Cara jaga anak kucing baru lahir ditinggalkan ibunya". Mereka kata anak kucing tak pandai nak buang najis sendiri. Biasa ibu dia yang akan jilat tang tuutt dia tu. Tapi kucing saya takde ibu. Saya lah ibu dia. Dengan guna tisu lembap, saya lapkan sikit dekat tuutt dia tu. Keluarlah semua. Tak semua mampu lakukan ini. Tapi saya sayang. Saya sanggup.

Kucing baru lahir antibodi dia lemah. Lagi lagi bila takde ibu. Jadi dia perlukan persekitaran yang besih. Time hujung minggu boleh lah saya pantau. Time school week? Saya hanya akan ada dekat rumah lepas balik tuisyen pukul 10. Bukan 10 pagi sayang, 10 malam. Balik balik saya akan terus susukan mereka. Walau malam pun saya akan kerahkan diri pergi cuci kain walau kadang2 siap mencuci pukul 12 lebih. Saya tak kesah semua tu. Saya nakkan mereka selamat.

15.4.2015 - Perginya Anakku Sayang.



Saya balik sekolah. Saya tengok yang hitam lemah. Minum susu taknak. Mengiau perlahan. Diam. Badan dia mula berbau. Saya tak sanggup. Hari dah malam. Susu pula hampir habis. Malam tu saya ingat jam pukul 10. Saya kerah pergi pekan. Dalam Hati saya Mohon Moga PetShop Bukak. Harapan Saya hampa. Saya pergi keliling pekan. Saya harap ada yang jual susu kucing. Tapi saya balik rumah dengan hampa. Tapi yang paling hampa...... Dia dah pergi. Allah. Saya tak kuat. Dia pergi tanpa saya sempat berada di sampingnya. Ibu kata "Kucing kalau dia nak pergi, dia taknak kita ada. Dia taknak kita sedih" Allah.

16.4.2015 - Si Kelabu


Saya baru balik sekolah. Saya jengah kotak. Saya tengok tinggal sekor. Ya Allah. Saya tanya semua orang mana sekor lagi. Ibu serba salah. Ibu cakap sekor lagi dah prgi. Hanya Allah sahaja yang tau betapa luluhnya hati ini. Sekali lagi saya tak berpeluang berada di sisi mereka dia saat saat mereka hampir pergi. "Dia taknak kita ada, Dia taknak kita sedih".

16.4.2015 - Si Tembam Tumbun


Dari petang, saya luangkan masa dengan si tembam ni. Ini yang paling tembam. Paling besar. Paling kuat menyusu. Dah Suara paling kecik :') Dia juga Yang paling melekat dekat hati saya. Petang tu saya dah sedar perubahan dia. Dia dah mula diam. Mula taknak menyusu. Badan Dah Mula Berbau. Saya peluk dia erat erat. Saya sempat buat sight moment dengan dia. Saya tau. Saat ini dia juga mahu pergi tinggalkan saya. Allah sungguh saya tak kuat. Sampai malam saya ada di sisi dia. Saya kuatkan hati. Saya redha. Saya bagi tau ibu "Pagi esok adik bangun, adik dapat rasa dia dah tak ada".

17.4.2015 - Jumaat. Genap Seminggu

Betul jangkaan saya. Subuh subuh ibu kejutkan saya. Katanya yang terakhir sudah pergi. Ya Tuhan. Saat ini saya rasa sakit yang paling sakit sampai air mata saya juga tak mampu keluar. Saya tatap dia untuk kali terakhir. Genap seminggu dia melawan kesakitan, mengajar diri untuk tabah menjadi yatim piatu. Apa lagi yang tinggal. Hanya kenangan dan air mata. Aku redhakan dia pergi. Cukuplah dia terseksa di sini. 

Kenangan Terakhir

Harapan Saya nak tengok dia buka mata. Nak dia kenal siapa saya. Allah. Tapi harapan tinggal harapan. Allah lebih sayangkan dia. Saya tau Saya bukan sesiapa dan apa yang ada cuma sementara. Tapi seminggu yang penuh airmata ini sangat cukup mengajar saya erti kasih sayang, pengorbanan dan erti kehilangan. Ikut hati memang terguris, terhiris. Tapi siapa saya nak tolak takdir Allah? Pergilah anak Ibu sayang. Cuma saya harap. Saya sempat untuk membantu haiwan yang lain juga. Semoga. Semoga Allah murahkan rezeki saya. Untuk bantu kucing jalanan yang lain juga. Itu azam saya. Saya akan cuba. 

Awakkk. Bantulah mereka. Kasihanilah haiwan haiwan jalanan ini. Jauh di sudut hati mereka "Siapalah Aku. Aku yang selalu disepak sepak oleh manusia. Aku di pandang hina oleh manusia. Derita aku tiada siapa yang tahu. Sakit aku tiada siapa yang peduli. Hanya bertambah sakit ku ini. Dalam keadaan ku ini, ramai yang jijik memandangku. Kehidupanku tak menentu. Kadang2 ada, kadang2 tak ada untukku makan. Aku hanya meminta sedikit makanan. Aku pergi sini sana. Tapi tiada siapa yang peduli".

Tolong. Tolong. Sayangilah makhluk Allah yang lain juga. Kita sempurna. Ada akal boleh berfikir. Kehidupan kita selesa. Tapi gunalah Akal yang Allah beri untuk renungi siapa yang dia bawah kita. Fikirlah andai kita ditempatnya. 

Luahan hati Ibu,
Buatmu kucing kucing Ibu yang Tersayang.






✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿