Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Kulit muka berminyak ?? Risauu~ :O




Kalau sebut saje kulit berminyak, mesti kita terus fikirkan tentang kulit muka, kan? Sebab kulit muka berminyak (oily skin) boleh mengurangkan keyakinan diri anda. Terutamanya wanita. Rasa tak selesa pun yer gak. Sebab kulit muka yang tiada sebarang kecacatan, halus dan licin yang menjadi idaman mereka.

Apakah puncanya kulit berminyak ni? Apa yang Lia tahu, salah satunya disebabkan oleh faktor pemakanan. Iaitu jika anda suka memakan makanan yang mengandungi banyak minyak. Contohnya macam kacang tanah. Ataupun makanan atau masakan yang berasaskan santan kelapa.

Namun, setiap masalah tu tentu ada penyelesaiannya. Kecualilah maut, kan? Lia akan kongsikan satu petua untuk anda mengatasi masalah ini sebentar nanti. Iaitu ia akan dipakai ketika nak masuk tidur.

Sebelum tu, anda perlu sediakan bahan-bahan asasnya iaitu setengah gelas beras, beberapa helai daun cermai dan ibu kunyit.

Nih Lia tunjukkan daun cermai.

Langkah2nya ialah:

1. Rendam beras dulu.
2. Masukkan daun cermai dan ibu kunyit dalam air rendaman
   beras tu.
3. Kisar sampai halus ketiga-tiga bahan tersebut.
4. Kemudian, cucilah muka anda agar bersih.
5. Bila muka dah bersih, barulah anda sapukan bahan-bahan
   yang dah dikisar tadi ke muka. Sapu masa anda nak tidur
   tau.
6. Amalkan petua kecantikan ni selama 1 minggu berturut-
   turut.


p/s : Setelah anda mendapati perubahan positif pada kulit muka, barulah anda mengamalkannya hanya sekali dalam 1 minggu. Pastikan anda lakukan secara konsisten yer :) Ikhtiar dulu. Ape salah mencube. Kalau menjadi komen tau.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

2 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

eqa sulaika berkata...

nice sharing...em kamu sebaya dngn adek eqa.BTW sini sini >>

http://cek-chiqa.blogspot.com/

alia punyeblog berkata...

ouk.. hahx.. most welcome