Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Because Haters Make Me Cry









Haters ada di mana mana. Am I right? Percayalah. Kadang kadang, sebab haters ni kita down, sebab haters ni kita lemah semangat, kita badmood. Banyak kan effect daripada orang yang membenci kita? Kadang kadang kita rasa pelik sebab ada orang benci kita walaupun kita tak kacau dia. Maybe, dia tak puas hati dengan kelebihan yang kita ada yang mereka tak ada. Tapi, setiap manusia ada perasaan. Bila kata kata kesat dilemparkan dekat kita tanpa perasaan bersalah, tak mukin kita happy macam biasa. Tak mungkin hati kita tak terluka right?

Wahai manusia sekalian, berdosa jika kamu membuat seseorang berkecil hati. Beringatlah, buat dosa dengan Allah, kalau bertaubat dengan sepenuh hati, InsyaAllah, Allah akan maafkan, Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Tapi, kalau kita buat salah dengan manusia, kalau dia tak maafkan, kita takkan lepas soalan dekat akhirat nanti. Sedarlah. Kalau kita nak bersaing, bukan dengan cara yang kasar. 

Kalau benci dan pendam sendiri dalam hati boleh diterima lagi. Tapi? Kalau benci dan menceritakan aib orang itu kepada orang lain serta menghasut orang itu juga untuk membencinya? Adakah itu perkara yang baik. Lupekah anda tentang balasan mengumpat? Sudah lupekah anda peristiwa Nabi Muhammad yang melihat satu kaum yang memotong lidahnya sendiri akibat mengatakan perkara- perkara yang kesat. 

Haters secara sederhananya bermaksud pembenci atau orang yang tidak menyukai sebaik apapun hal yang kita lakukan. Walaupun seribu kebaikan yang kita lakukan, Ianya tidak pernah dihargai. Namun, apabila satu kesalahan yang kita lakukan, ianya tidak henti- henti diungkit. Ohh Dunia. Salah satu ciri - ciri haters adalah kemunculannya tidak diundang. One more, tidak diundang.

Conclusion, walau seteruk manapun seseorang itu membencikan kita, igatlah, satu jari yang menunjuk ke arah kita, empat lagi jari menunjuk ke arahnya. Sebab haters ni pon banyak kebaikannya, masa tulah kita memerlukan kawan untuk mengadu, untuk meluahkan perasaan, mase tulah kita dapat kenal mana kawan dan mana lawan. 

Ingatlah, True Friend akan menangis apabila kita pergi dan Fake Friend akan pergi bila kita menangis.


✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Miss You But Allah The Best Planner



Mungkin bibir ini boleh mengukir sekuntum senyuman. Mungkin bibir ini juga boleh tertawa. Tetapi, apa yang terjadi pada bibir ini tidak semestinya sama dengan keadaan hati. Hati ini menyimpan berjuta rahsia. Segala kebahagiaan, kedukaan, kesyukuran, kekecewaan hanya boleh diungkap melalui hati dan perasaan. Yang pasti, segala dalam hati kita, hanya Allah saja yang mengetahui.

Ya Allah, jika ini bukan masanya. Jika ini bukan saatnya, jarakkanlah kami, pisahkanlah kami, agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia, agar kami tidak mengundang murkamu. Ya Rabbi, temukanlah kami dengan cinta yang diredhai.  Mungkin, hati ini sedih. Terlalu sedih dan terlalu berat untuk melepaskan insan yang disayangi. Hanya Allah yang tahu betapa peritnya hati ini dengan kesedihan yang berlipat kali ganda. 

Dia telah memberi beribu-ribu kenangan manis untuk dikenang. Telah menemani kita diwaktu kesepian. Tetapi, sedarkah kita. Semua ini dosa. Dosa yang mengundang kemurkaan Allah. Dosa yang menjerumus kepada kemaksiatan. Ya Rahman, bantulah hambamu ini untuk meredhai perpisahan ini. Jika ini bukan jodohku, aku redha dan pasrah kepadamu kerana aku tahu, kau telah sediakan untukku yang lebih baik.

" Don't be sad if Allah separates us from someone you love. If only we knew, what his plans were for us, our hearts would melt with the warmth of his love"

Allah sayang akan hambanya. Cuma hambanya yang tidak tahu untuk menyayangi tuhannya sepenuh hati. Walhal, segala nikmat yang sedang digunakan, adalah kepunyaan Allah dan kita hanya meminjam. Mungkin, bukan sekarang pertemuan aku dan dia. Aku berharap hanya pada Allah, agar kami ditemukan dengan pertemuan yang lebih bermakna. Yang lebih membahagiakan.

Ya Allah, aku mohon padamu. Aku berharap dialah bakal zauj ku, dialah yang akan memimpinku ke syurga, dan aku berharap dia adalah pemilik tulang rusuk ini. Walaupun perjalananku masih jauh. Banyak lagi onak dan duri yang perlu aku lalui untuk mencari keredhaan mu, tapi aku mohon padamu. Makbulkanlah doaku ini. Jika dia bukan jodohku, aku pasrah ya Allah. Aku percaya yang kau telah sediakan insan yang lebih baik untukku.

Sesungguhnya, tanggungjawab aku pada waktu ini adalah menuntut ilmu. Mencari redha mu, dan membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku tidak mahu lalai dengan nikmat dunia ini. Ya Rabbi, ampunilah segala dosaku, bersihkanlah hatiku.

Hanya Doa Yang Mengirimu. Semoga Bahagia di dalam Kenangan :'3


✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tutorial Hapuskan Word Verification di Comment



Hye Guys. Hey Peps. Jom Kita hapuskan 'Word Verification' di comment ni jom :) Word Verification? menatang ape tu erh? Ala, yang sebelum kita nak comment something yang kene taip huruf huruf tu. Melecahkan bukan? Tak Faham lagi? Alololo. Meh tengok picture bawah ni.




Tengah menyedap comment. keluar pulak bende ni. Rase grrr~. Serious talk. Macam nak hempuk je lappy. haha . Jom ramai2 kita buang mentang ni.

          1. Dashboard > Setting > Comment
          2. Scroll Down ke bawah sikit, ada tulis Show Word 
              Verification For Comment?
          
3. Korang click pada perkataan No macamni :


       
          4. Then, Click Save Setting. Mudahkan? :) 



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Freebies Menu Tab Comel




Hello Guys :) Hello Peps. Btw harini Alia ada free time ditambah lagi dengan bosan. So, berkesempatanlah nak buat Freebies :) iaitu Menu tab yang comel. uiksss. Haha. Simple maybe :) So siape nak sebelum ambik comment lah dulu ye. Penat Alia buat tau :'D

http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/freebiesd_zps07a23b53.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/freepage_zps1358c24a.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/friebes_zpse267f56e.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/homebaru_zps3aeb860a.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/Homepage_zpsd2c162da.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/rumah_zps969d4ba1.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/petua_zps3721948b.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/tips_zpsf89f3eb8.gif
http://i1058.photobucket.com/albums/t415/alia136/tipspage_zpsfec93bdb.gif




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿