Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Miss You But Allah The Best Planner



Mungkin bibir ini boleh mengukir sekuntum senyuman. Mungkin bibir ini juga boleh tertawa. Tetapi, apa yang terjadi pada bibir ini tidak semestinya sama dengan keadaan hati. Hati ini menyimpan berjuta rahsia. Segala kebahagiaan, kedukaan, kesyukuran, kekecewaan hanya boleh diungkap melalui hati dan perasaan. Yang pasti, segala dalam hati kita, hanya Allah saja yang mengetahui.

Ya Allah, jika ini bukan masanya. Jika ini bukan saatnya, jarakkanlah kami, pisahkanlah kami, agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia, agar kami tidak mengundang murkamu. Ya Rabbi, temukanlah kami dengan cinta yang diredhai.  Mungkin, hati ini sedih. Terlalu sedih dan terlalu berat untuk melepaskan insan yang disayangi. Hanya Allah yang tahu betapa peritnya hati ini dengan kesedihan yang berlipat kali ganda. 

Dia telah memberi beribu-ribu kenangan manis untuk dikenang. Telah menemani kita diwaktu kesepian. Tetapi, sedarkah kita. Semua ini dosa. Dosa yang mengundang kemurkaan Allah. Dosa yang menjerumus kepada kemaksiatan. Ya Rahman, bantulah hambamu ini untuk meredhai perpisahan ini. Jika ini bukan jodohku, aku redha dan pasrah kepadamu kerana aku tahu, kau telah sediakan untukku yang lebih baik.

" Don't be sad if Allah separates us from someone you love. If only we knew, what his plans were for us, our hearts would melt with the warmth of his love"

Allah sayang akan hambanya. Cuma hambanya yang tidak tahu untuk menyayangi tuhannya sepenuh hati. Walhal, segala nikmat yang sedang digunakan, adalah kepunyaan Allah dan kita hanya meminjam. Mungkin, bukan sekarang pertemuan aku dan dia. Aku berharap hanya pada Allah, agar kami ditemukan dengan pertemuan yang lebih bermakna. Yang lebih membahagiakan.

Ya Allah, aku mohon padamu. Aku berharap dialah bakal zauj ku, dialah yang akan memimpinku ke syurga, dan aku berharap dia adalah pemilik tulang rusuk ini. Walaupun perjalananku masih jauh. Banyak lagi onak dan duri yang perlu aku lalui untuk mencari keredhaan mu, tapi aku mohon padamu. Makbulkanlah doaku ini. Jika dia bukan jodohku, aku pasrah ya Allah. Aku percaya yang kau telah sediakan insan yang lebih baik untukku.

Sesungguhnya, tanggungjawab aku pada waktu ini adalah menuntut ilmu. Mencari redha mu, dan membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku tidak mahu lalai dengan nikmat dunia ini. Ya Rabbi, ampunilah segala dosaku, bersihkanlah hatiku.

Hanya Doa Yang Mengirimu. Semoga Bahagia di dalam Kenangan :'3


✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

0 Sweetheart Alia Taip - Menaip: