Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Tips Memilih Bentuk Cermin Mata





Hye Blogger. Hello Peps and all readers. Tidak ketinggalan jugak buat para para pemakai cermin mata. Pemakaian cermin mata kini bukanlah hanya sebagai langkah pencegahan untuk melindungi mata dariapada sinaran cahaya matahari, untuk membantu deria penglihatan, malah ia sememangnya menjadi trend buat masa kini. Ingin mengelakkan diri daripada digelar 'nerd'. Jom baca sampai habis cermin mata yang macam mana sesuai dengan bentuk wajah anda.


Wajah bujur sirih
Wajah jenis ini memang beruntung kerana semua jenis kaca mata akan tampil menarik jika digayakan. Kaca mata berbingkai kecil daripada wajah memang sangat sesuai untuk anda. Jangan lupa kaca mata tersebut mesti bersesuaian dengan panjang dan lebar wajah anda. Ada yang memiliki wajah berbentuk bujur namun bermuka kecil. Jadi, anda akan kelihatan aneh jika memakai kacamata yang berbingkai besar dan lebar.

Wajah panjang
Pilihan kaca mata yang mempunyai bingkai yang boleh menutup bahagian tengah wajah dapat membantu meminimakan bentuk wajah panjang anda. Selain itu, kaca mata segi empat yang berbingkai tebal boleh membuat wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang.

Wajah bulat
Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan yang tepat buat anda. Pilihan warna gelap seperti hitam juga mampu menutup muka anda yang bulat. Pilihan kaca mata segi empat juga boleh menyamarkan wajah bulat tersebut

Wajah Empat Segi
Pemakaian kaca mata bingkai melengkung pasti tampak menarik untuk bentuk wajah seperti ini. Posisi pemegang bingkai yang diletak tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan kelebaran wajah anda.

Wajah Bentuk Hati
Mempunyai wajah berbentuk hati seperti aktor "Johnny Depp" ialah orang yang berdahi lebar dan mengecil di bahagian dagu. Untuk wajah seperti ini, kaca mata tidak berbingkai, kaca mata berbentuk segi empat dan bentuk kaca mata bujur yang mempunyai lensa memanjang ke bawah mampu menyamarkan tulang pipi.

Wajah Tiga Segi
Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit dan melebar pada bahagian rahang dan pipi. Kaca mata dengan bingkau yang tebal dan lebar boleh menyeimbangkan bentuk muka anda di bahagian atas dengan bawah.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Zayn Malik bertunang dengan Perrie Edwards




22 Ogos - Pastinya jutaan wanita di luar sana patah hati setelah mendengar perkhabaran ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik sudah pun bertunang dengan dengan penyanyi dari kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Berita ini disahkan sendiri oleh adik lelaki Perrie menerusi Twitter.

Jonnie Edwards menerusi akaun Twitternya telah memberitahu, "Ya, kakak saya dan Zayn sudah bertunang! Ianya betul! Anda boleh lihat cincin di jarinya! TAHNIAH!"

Malik dan Perrie yang berusia 20 tahun telah muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan filem dokumentari, "One Direction: This Is Us" pada malam Selasa lalu di London dengan kedatangan Perrie yang dilihat memakai cincin pertunangan di tangan kiri. Menurut laporan akhbar The Mirror, Malik telah melamar Perrie pada hujung minggu lepas setelah dua tahun bercinta.

"Ini merupakan hujung minggu pertama mereka menghabiskan masa bersama-sama kerana sibuk dengan konsert jelajah kumpulan masing-masing. Zayn mahu menunggu masa yang sesuai," kata satu sumber.

"Semua rakan kumpulannya berada di V Festival dan Perrie tidak sabar-sabar mahu memberitahu mereka. Semua rakan Perrie turut teruja mendengar berita itu sama seperti ahli kumpulan One Direction yang turut gembira untuk Zayn."



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Bas Jatuh Gaung Di Genting Higland


Selasa, 21 Ogos, 2013 - Nahas bas di Genting Higland meragut nyawa sekurang - kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit. Setakat ini, hanya 17 mangsa berjaya dikeluarkan, kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba, Datuk Soiman Jahid.



Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan.

Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.







Ayuh ! Mari kita sedekahkan Al- Fatihah kepada mangsa yang terlibat.


✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Natasha Hudson Fokus Bidang Fesyen


20 Ogos - Pelakon Natasha Hudson yang kini manis bertudung nampaknya semakin fokus dengan perniagaan pakaian wanita Muslimah dan kanak-kanak yang sudah ditubuhkan sejak setahun lalu iaitu "Dreamclouds".

Natasha, 31, berkata dia hanya menerima tawaran berlakon jika tidak bertindih dengan jadual kerja. "Perniagaan jenama pakaian saya baru sahaja bertapak dan perhatian lebih perlu diberikan bagi memastikan ia dapat berkembang baik tambahan pula saya bekerja dari rumah. Jadi, masa yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak dan suami," kata Natasha Hudson menerusi mStar. 

Dalam perkembangan mengenai Dreamclouds, Natasha yang sudah lama berangan mahu memiliki rangkaian pakaian jenama sendiri telah melabel semua produk rekaannya dengan nama Dreamclouds demi memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil produk yang direka.

Selain itu, Natasha juga menggunakan laman web www.fashionvalet.com selain rangkaian laman sosial seperti Instagram dengan nama @dreamcloudbynh dan juga Facebook untuk mempromosikan produk beliau.

Natasha yang turut melantik suaminya Carleed Khaza sebagai rakan kongsi mengakui terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi dalam bidang perniagaan begitu bersemangat dalam membawa jenama Dreamcloud ke peringkat yang lebih jauh.

"Impian saya mahu membawa jenama "Dreamcloud" ini sejauh mungkin dan Alhamdulillah saya telah mendapat jemputan Minggu Fesyen Islam Antarabangsa di luar negara," beritahu Natasha.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tips Keringkan Jerawat Dalam Satu Malam


Hye Blogger. Hello Peps. Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam.

AIS BATU
Sebelum anda membuat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus di dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya. 

PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat. 

✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Freebies Doodle Bertudung Part 1


Hye blogger. Hello peps. Yeah Yeah. Setelah sekian lama menghadap laptop. Dush Dush Akhirnya terpublish jugak doodle bertudung ni. Nampak macam senang tapi rumitnya alahai. Nak tau tak tak tak? Sebenarnya ini doodle yang kedua dihasilkan oleh Alia dan dah lama buat tapi harini baru nak buat freebies. Kalau korang nak buat Header bolehlah guna doodle yang kiut miut ni. xD. Tapi. Ingat ! Sebelum nak ambik sila Komen dulu.

Awas !! Tolong jangan Re - edit, Re- New, Ubah Hasil Ciptaan Ini. Please Respect My Art Work.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Jerawat?


Hye Blogger. Hello Peps. Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum. Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat. 

Bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.

Bagaimana ia boleh berlaku?
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma.

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat?
1) Cuci muka anda setiap hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Freebies Freehair Doodle Part 1

Hye blogger. Hello peps. Yeah Yeah. Setelah 5 jam menghadap laptop. Dush Dush. Akhirnya Siap Jugak Freehair doodle ni. Nampak macam senang tapi rumitnya alahai. Nak tau tak tak tak? Sebenarnya inilah doodle yang keempat dihasilkan oleh Alia dan inilah doodle pertama yang freehair Alia buat. Kalau korang nak buat Header bolehlah guna doodle yang kiut miut ni. xD. Tapi. Ingat ! Sebelum nak ambik sila Komen dulu.

Awas !! Tolong jangan Re - edit, Re- New, Ubah Hasil Ciptaan Ini. Please Respect My Art Work.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Khasiat Mentega Kacang


Ramai mengatakan mentega kacang merupakan makanan berkalori tinggi sama seperti kita makan roti dan mentega. Namun, anda salah jika menganggap mentega kacang tidak baik untuk kesihatan. Mentega kacang boleh memberi anda tubuh badan yang sihat terutamanya dengan pengambilan mentega kacang yang kurang gula dan minyak tambahan.

Mari lihat kebaikan mentega kacang untuk kesihatan :

Kaya Protein
Adakah anda tahu 24 peratus daripada satu balang mentega kacang diperbuat daripada protein? Protein membantu mengekalkan ketahanan tubuh dalam membina dan memulihkan tisu otot. Kandungan protein dalam mentega kacang agak tinggi iaitu dua sudu makan mentega kacang bersamaan dengan 7 gram protein yang menjadikan mentega kacang adalah pilihan terbaik untuk snek. 

Mengandungi lemak baik
Kesalahan yang seringkali dikatakan oleh orang ramai ialah mentega kacang tidak baik untuk tubuh kerana kandungan lemak di dalamnya. Sebenarnya, lemak yang terdapat dalam mentega kacang tersebut adalah lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah selain memberi nutrien yang cukup kepada tubuh untuk merendahkan risiko penyakit jantung.

Sumber vitamin dan mineral
Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan penuh dengan Niacin yang memainkan peranan penting dalam merembeskan hormon seks dan mencegah daripada penyakit Alzheimer.

Kandungan serat yang tinggi
Tubuh badan manusia memerlukan serat untuk mengawal sistem penghadaman untuk organ dalaman yang sihat. Serat juga berupaya mengawal perut anda sewaktu kenyang. Kandungan protein dan serat yang tinggi mampu mengawal paras gula dalam darah lebih-lebih lagi jika anda menghidap kencing manis.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tidak Ku Pinta Kelahiranku Ke Dunia

Setiap baris kata- kata yang kubaca, 
bagaikan jalan hidupku. 
Tiada lurus semua seoleh hampa, 
haruskah aku sesali.

Pernah dengan melodi lirik ni? Baris-baris kata yang membuatkan hati aku menangis bila menderngarnya.Sungguh setiap apa yang Allah telah rencanakan untuk kita pasti ada hikmah disebaliknya. Begitulah aku cuba meyakinkan diri aku untuk terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh duri ini mengenangkan kisah hidup aku sebagai seorang 'gadis malang'.

Aku seorang gadis yang periang, bermulut becok, ceria, seolah-olah sentiasa hidup dalam kebahagiaan. Walaubagaimanapun, siapa sangka? Siapa sangka bahawa disebalik keceriaan, aku menyimpan seribu satu kisah sedih dan duka di dalam hati. Di pagi hari, dia sibuk menggembirakan orang lain, di malam hari dia bertemankan air mata kesedihan.

Kehidupan itu adalah sementara. Setiap kehidupan mempunyai pelbagai warna. Pementasan kehidupan mempunyai catitan dan rentetannya yang tersendiri. Sejauh mana ditiup, sedalam mana ditenggelami, setinggi mana diangkat, sejauh mana dilontar. Mengapa hidupku seperti ini, tidak pernah merasakan kebahagiaan seperti orang lain. Apakan ini dinamakan dugaan? Aku terkdang hampir tidak kuat meghadapinya tetapi kerana aku igin berubah seperti orang lain maka aku menjalaninya dan berusaha semampuku sehingga aku berhasil menantinya.

Betapa sakitnya pun kehidupan yang dilalui, diri harus tabah, yang merasa hidup penuh derita, yakinlah suatu saat pasti datangnya kebahagiaan. Yang merasa kehidupan ini bagai sebuah mimpi, sampaikanlah mimpi itu ke dalam Doa. InsyaAllah diberi ketenangan. Yang merasa kehidupan ini sentiasa dalam tekanan, jadikan tekanan itu suatu kebiasaan dan satu ujian yang mesti ditempuh untuk menduduki Syurga Allah.

Cuba untuk tidak menangis,
Cuba untuk tidak kecewa,
Cuba untuk tidak terasa.

Kesemuan cubaan itu gagal bila bertemu dengan-Nya,
Sesungguhnya pada-Mu kucurahkan segala,
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang terselindung di dalam hati.

Muka riang gembira,
Boleh bergelak ketawa.
Walau apapun yang mendatang bukan seperti yang diharapkan,
Harus hadapinya dengan tabah.
Senyumlah dan bermohon pada-Nya,
Agar diberikan kekuatan hati oleh-Nya.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Review My Own Doodle dengan Peplum


Hye Blogger. Hello Peps. Harini Lia nak buat sedikit Review tentang My own doodle dengan peplum. Hehe. By the way doodle ni dihasilkan menggunakan photoshop. Alia tak reti nak buat guna Sai, so buat guna photoshop jelah.

Semasa Dilukis


Semasa Diwarna


Semasa Ditacap


Semasa ditambah aksesori

Tadaaaaa ! Setelah siap beginilah akhirnya. Simple kan. Tapi nak buatnya hanya Allah yang tahu. Sangat susah.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Bebas Atau Terbabas?

Ini boleh, itu tidak boleh. Buat ini, jangan buat itu. Pilih ini, jangan pilih itu. Dek ingin merasai bagaimana agaknya menjadi remaja yang tidak lagi dikongkong.

Ibarat memandu, kita bebas ke mana-mana sahaja yang kita kehendaki. Namun, ada peraturan jalan yang perlu dipatuhi. Ibarat layang-layang, hanya boleh terbang jika ada tali. Terputus tali, layang-layang tewas daripada angin yang lebih gah daripadanya.

Bebas Bersyarat
1. Kita bebas tetapi bebas bersyarat agar tidak tersasar. Al- Quran dan hadis sebagai panduan lengkap hingga ke akhir zaman.
2. Kita bebas tetapi perlu sentiasa diingatkan. Sebab itu pentingnya tazkirah, khutbah, usrah dan pelbagai majlis ilmu agar kita sentiasa ingat mengingati.
3. Hukum Allah bukan bebanan tapi anugerah. Saat kita ingin bebas berpakaian, Allah sematkan malu di hati, lantas kita terselamat daripada fitnah, umpatan, jenayah dan pelbagai bahaya lain.

Umat Islam itu istimewa,
Allah jaga selengkap mungkin,
Dengan segala hukum yang ada,
Kita rasa begitu terpimpin.

Apalah erti kita merdeka,
Jika masih syaitan mentadbir,
Terkurung kita dalam penjara,
Tiada daya mengucap takbir.

Jika datang orang berpesan,
Ambillah ia sebagai iktibar,
Itu tandanya orang kasihan,
Agar kita tak jauh tersasar.

Kawalan terlihat seperti dikongkong, tetapi hakikatnya ia hadiah daripada Allah. Bukankah Allah bersifat Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang? Sebagai penganut Agama yang membawa kedemaian dan kesejahteraan, nikmatilah keistimewaan ini.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿