Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Bebas Atau Terbabas?

Ini boleh, itu tidak boleh. Buat ini, jangan buat itu. Pilih ini, jangan pilih itu. Dek ingin merasai bagaimana agaknya menjadi remaja yang tidak lagi dikongkong.

Ibarat memandu, kita bebas ke mana-mana sahaja yang kita kehendaki. Namun, ada peraturan jalan yang perlu dipatuhi. Ibarat layang-layang, hanya boleh terbang jika ada tali. Terputus tali, layang-layang tewas daripada angin yang lebih gah daripadanya.

Bebas Bersyarat
1. Kita bebas tetapi bebas bersyarat agar tidak tersasar. Al- Quran dan hadis sebagai panduan lengkap hingga ke akhir zaman.
2. Kita bebas tetapi perlu sentiasa diingatkan. Sebab itu pentingnya tazkirah, khutbah, usrah dan pelbagai majlis ilmu agar kita sentiasa ingat mengingati.
3. Hukum Allah bukan bebanan tapi anugerah. Saat kita ingin bebas berpakaian, Allah sematkan malu di hati, lantas kita terselamat daripada fitnah, umpatan, jenayah dan pelbagai bahaya lain.

Umat Islam itu istimewa,
Allah jaga selengkap mungkin,
Dengan segala hukum yang ada,
Kita rasa begitu terpimpin.

Apalah erti kita merdeka,
Jika masih syaitan mentadbir,
Terkurung kita dalam penjara,
Tiada daya mengucap takbir.

Jika datang orang berpesan,
Ambillah ia sebagai iktibar,
Itu tandanya orang kasihan,
Agar kita tak jauh tersasar.

Kawalan terlihat seperti dikongkong, tetapi hakikatnya ia hadiah daripada Allah. Bukankah Allah bersifat Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang? Sebagai penganut Agama yang membawa kedemaian dan kesejahteraan, nikmatilah keistimewaan ini.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

0 Sweetheart Alia Taip - Menaip: