Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Pencarian Sponser 1K Giveaway By Cik Arnab



Start Giveaway : Belum Ditetapkan
Due Date Giveaway: Belum Ditetapkan
Pencarian sponser bermula : 25. 10. 2013
Tamat Mencari Sponser : 31. 10. 2013





- Sekiranya para sponser ada Blog : traffic sources dan         follower meningkat
- Sekiranya para sponser ada Pages : Likers meningkat
- Sekiranya para sponser ada Instaa : Follower bertambah





- Para Sponser bebas menentukan syarat
- Syarat tidak terlalu rumit dan tidak banyak karenah
- Syarat yang diterima hanya Like atau Follow. Share tidak         diterima





- Jika berminat. Sila Inbox atau PM saya DI SINI





- Hanya Barangan Pos dan topup diterima
- Barang pos seperti shawl, dress, perfume, jam dan              sebagainya.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Kehilangan Remaja Lima Belas Tahun Akhirnya Terjawab




Klang : Polis menemui mayat seorang remaja perempuan yang berusia lima belas tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini kira - kira jam 9.00 malam.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan. Menurutnya hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu, suspek membawa polis ke tempat mayat mangsa di buang.

Hasil pemeriksaan lanjut terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa. Sebelum mayat ditemui, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam. Ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira - kira jam 1.30 pagi.

Suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu. Kes disiasat mengikut syeksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mebunuh.

Laporan Terbaru : Kenalan Lelaki Cuba Merogol Mangsa Sebelum Bunuh.

Usaha seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang cuba mempertahankan kehormatan diri daripada diperkosa kenalan lelaki yang dikenali menerusi Facebook berakhir tragedi apabila dibunuh sebelum mayatnya dicampak di Bandar Putra, Klang.


Ng Yuk Tim, 15, keluar dari rumahnya di desa Tun Razak, Cheras jam 11 pagi kelmarin, selepas memberitahu ibunya, Sim Ee Ling, 35, yang dia mahu bertemu kenalan lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang penyelenggara tapak binaan.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Penyamun Bodoh Di Buru






BERITA METRO HARIAN

Berita penyamun yang mendedahkan identiti mereka sendiri telah menarik minat Cik Arnab untuk membuat entry walaupun exam dah nak dekat. Phewww. Tak boleh jadi ini. Hahaha. Ada juga mereka yang sebegini pada waktu sekarang. Mungkin terlebih bijak dalam dunia teknologi agaknya. Jom baca berita selanjutnya.

Seorang daripada dua suspek yang baru menyamun sebuah kafe siber di Setapak, berani memuat naik gambarnya bersama hasil samun di Laman Sosial iaitu Facebook, dua jam selepas melakukan perbuatan berkenaan. Kebodohan suspek yang dipercayai berusia awal 20- an itu menyebabkan identiti mereka berdua dikenal pasti. Pihak berkuasa yang mendapat gambar di Facebook selain turut mempunyai rakaman kamera litar tertutup ( CCTV ) yang merakamakan kejadiaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pihaknya memeriksa CCTV di premis berkenaan dan kes disiasat mengikut syeksyen 395 dan 397 kanun keseksaan.

Dalam kejadiaan pukul 6 petang itu, seorang pekerja berusia 21 tahun berada dalam premis berkenaan.
Dua suspek yang lengakap memakai topi keledar dan bersenjatakan parang menyerang premis berkenaan. 




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

PMR Oh PMR ! Semangat Dan Tips Di Sini


Filem: Penilaian Menengah Rendah
Pelakon Utama: Semua Pelajar Tingkatan 3
Masa: Bermula 2 Oktober 2013
Tempat: Ditayangkan Di Seluruh Malaysia
Genre: Seram

Hye Guys. Hello Blogger. Kalian semua mesti sudah tahu peperiksaan yang di anggap besar juga bagi semua PMR Candidates right. Cik Arnab tahu mesti kakak dan abang - abang yang merupakan calon PMR ini tertekan bukan. Mana taknya. Perangai kita serupa. Suka sangat baca buku dah last - last minute. Hah. Itulah padahnya. Namun, Otak perlu rehat, Hati perlu tenang, Diri tak perlu gementar. Kita cuma perlu hadapi dengan tenang. Anggap Semua ini cabaran untuk mengeluarkan balik apa yang korang dah belajar selama 9 bulan.

Mungkin pada ini kita tertekan, menangis pada masa sekarang.

Tetapi, InsyaAllah anda akan tersneyum begini suatu hari nanti.

Tips - Tips Mengelakkan tekanan semasa mengahadapi Exam

 Jaga Hubungan dengan Allah. Perkara ini sangat penting dan harus dititikberatkan oleh setiap manusia.
 Meminta restu daripada Ibu Bapa, Guru, Rakan - rakan serta kenalan yang terdekat.
 Mengamalkan makanan Sunnah Rasulullah ( S.A.W ) seperti kurma, kismis dan air zam-zam.
 Tidur awal pada waktu malam.
 Sarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
 Siap sedia dengan 'DUIT' iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿