Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Kehilangan Remaja Lima Belas Tahun Akhirnya Terjawab




Klang : Polis menemui mayat seorang remaja perempuan yang berusia lima belas tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini kira - kira jam 9.00 malam.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan. Menurutnya hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu, suspek membawa polis ke tempat mayat mangsa di buang.

Hasil pemeriksaan lanjut terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa. Sebelum mayat ditemui, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam. Ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira - kira jam 1.30 pagi.

Suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu. Kes disiasat mengikut syeksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mebunuh.

Laporan Terbaru : Kenalan Lelaki Cuba Merogol Mangsa Sebelum Bunuh.

Usaha seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang cuba mempertahankan kehormatan diri daripada diperkosa kenalan lelaki yang dikenali menerusi Facebook berakhir tragedi apabila dibunuh sebelum mayatnya dicampak di Bandar Putra, Klang.


Ng Yuk Tim, 15, keluar dari rumahnya di desa Tun Razak, Cheras jam 11 pagi kelmarin, selepas memberitahu ibunya, Sim Ee Ling, 35, yang dia mahu bertemu kenalan lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang penyelenggara tapak binaan.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

4 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

Azza Afdzal berkata...

kes bunuh makin menjadi2 skrg ney...

Cik Arnab berkata...

@Azza Afdzal Kan dear. Setiap masa mesti berhati hati :')

najiah shaharain berkata...

Sgt kejam...:-(

Cik Arnab berkata...

@najiah shaharain kejam kan? :( macam manalah dia lipat smpai boleh masuk beg tu