Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Calon SPM Rebah Dan Meninggal Dunia Selepas 30 Minit Menjawab Soalan


"KOTA BAHRU: Seorang Calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama Saniah, Pasir Puteh, dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas 30 minit menjawab soalan, pagi tadi. 

"Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA)".

"Pelajar perempuan berkenaan, Nur Syazwani Ariffin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba - tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan peperiksaan sekolah itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan hasil bedah siasat unit forensik Universiti Sain Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana NurSyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Ariffin Deraman, 48, Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa NurSyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden terbabit itu kira - kira jam 8.45 pagi. Sementara itu, bapanya berkata NurSyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang, dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. Pagi tadi sebelum peperiksaan dijalankan, beliau ceria dan sempat mencium tangan saya" kata bapanya.

Beliau berkata NurSyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10 A. - Laporan Berita Harian.

Marilah kita bersama -sama menyedekahkan Al- Fatihah kepada saudara kita yang telah pergi kembali ke Rahmatullah.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

3 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

ika zulkefli berkata...

Al fatihah :)

Yumida Huda berkata...

al fatihah buat arwah
moga ditmptkan bersama org2 beriman
follower ke 345

Hana qilah berkata...

akak adik ada reedit header akak . nk tgk download sini. http://goo.gl/mCPZJC
harap akak suka