Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Remaja Hilang di Villa Nabila dan Sejarahnya


Terbaru ! Misteri Kehilangan Izzat Terjawab. 1 Malaysia Kena Troll.


Villa Nabila: Misteri kehilangan Izzat Izzudin Hussin, 16, akhirnya terjawab apabila ianya ditemui disalah sebuah rumah kawannya di Johor. Izzat Izzat. Sebab awak satu Malaysia gempar, risau tau. Lain kalilah, bagilah tau parents dulu ke apa. 


Updated Terkini Berita Di Villa Nabila. Kebenarannya Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui.


Antara 2 Ramaja daripada 7 Orang Yang Terselamat

Para Sukarelawan Meneruskan misi mencari bersama salah seorang mangsa yang terselamat

22 Mangsa Villa Nabila Sudah ditemui dalam keadaan dirasuk, hanya seorang lagi yang belum ditemui kerana dikatakan mengambil sesuatu barang daripada Villa tersebut.

Misi Mencari Semakin Rancak Dijalankan

Keadaan Di Villa Nabila Makin Panik Apabila seorang lagi Masa tetap belum ditemui



Misi Mencari Seorang Lagi Mangsa yang belum ditemui tetap diteruskan

Semua Gambar Di Atas : Sumber KYM International


Pada pendapat Cik Arnab, Mangsa yang hilang itu betul seramai 23 orang. Tidak mungkin misi mencari masih diteruskan jika seorang sahaja yang hilang. Kawan CA pun ada ditempat kejadian dan mengatakan bahawa yang hilang seramai 23 orang. Mungkin Media Massa terpaksa menyembunyikan keadaan sebenar untuk cerita ini tidak dijadikan issue. Entahlah. Kita sendiri tiada di tempat kejadian, jadinya berita yang sahih tidak dapat diketahui. Lebih baik sekiranya kita mendoakan keselamatan budak - budak yang hilang tu daripada terus memeikirkan berapa mangsa yang hilang.


27 Remaja Hilang Di Villa Nabila. Adakah ia Benar? Ikuti berita kesasihannya.

Hazrey, Seorang Crime Journalist


Menurut Hazrey, seorang Crime Journalist, tiada fakta yang kukuh untuk mengatakan seramai 27 orang hilang dalam satu malam di rumah tersebut berikutan hanya satu sahaja laporan polis dibuat yang melaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bernama Mohamad Izzat Izzudin Hussin. Biasalah orang zaman sekarang ni, kalau nak sedapkan sesuatu cerita, mesti kena tambah gula, garam, perisa bagi sesuatu issue tu hangat sensansi right? Lagi - lagi dalam laman sosial ni, orang tak siasat dulu. Main percaya dan terus sebarkan. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja ini, sila hubungi pihak polis di talian 072212999.

Sejarah Villa Nabilla Yang Dikaitkan Dengan Perkara Mistik dan Misteri
-
-
-
Teliti Gambar - Gambar Di Bawah



Gambar Sumber blog.amirez.com

Gambar Sumber kulaanniring.blogspot.com

Salah Kamera? Mungkin benar tapi mungkin juga benar ianya Makhlus Halus yang menetap di Villa tersebut.


Sejarah Yang Diceritakan Namun Kesasihannya Masih Juga Belum Dibuktikan.

Versi 1  – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. 

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. 

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri. Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya. 

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. 

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni. 

Versi 6 - Versi keenam ini lansung tidak boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Versi 7 - Terdapat sebuah keluarga yang kaya raya yang mempunyai anak bernama Nabila. Ketika bapa Nabila meninggal, Bapanya telah mewariskan segala harta kepada anaknya iaitu Nabila. Nabila mempunyai seorang ibu tiri. Ibu tirinya tidak berpuas hati kerana semua harta diwariskan kepada Nabila dan bukan kepada dirinya. Ibu tirinya nekad untuk membunuh Nabila dan menanam Nabila disebalik dinding Villa tersebut. Selesai melakukan perbuatan kejam tersebut, ibu tirinya melarikan diri ke Indonesia bersama harta - harta tersebut.

Banyak Sangat cerita yang diperkatakan. Tidak tahulah yang mana satu yang boleh dipercayai. Tapi yang paling logik adalah versi yang ketujuh. I think lah. Wallahu Alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

"Over Hyped Ghost Stories. People Will Be Afraid More Of Ghost Than Being Afraid Of God. Nampak Tak Permainan Syaitan? "



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

12 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

Farhana Mom Shoppe berkata...

sungguh rajin adikku mencari fakta.. hehe.. :) good job dearie..

fiu choppie berkata...

instrument musiknya merdu sh ? bisa share gak instrumen musiknya ? http://choppie88.blogspot.com

Cik Arnab berkata...

@Farhana Mom Shoppe Hehe. Untuk pengetahuan sendiri juga :) terima kasih sayang

Cik Arnab berkata...

@fiu choppie Udah tentu bisa. Tajuk lagu : Aitakute Aitakute ( musix box ) :)

Balqis Sarah berkata...

Allah yang Maha Mengetahui akan tahu apa sebenar yg berlaku.. Wallahu Alam..

Cik Arnab berkata...

@Balqis Sarah Yup betul tu dear :)

Batrisyia Delaila berkata...

Ya Allah, seramlah kak alia.

Mohd Zulfadzli berkata...

apa perkembangan kes? berhantu ke tidak berhantu ke saya tak peduli sangat...yg penting pasal kehilangan budak tu..dah jumpa ke belum

Cik Arnab berkata...

@Mohd Zulfadzli katanya dah jumpa. Si Izzat tu pi melepak rumah kawan dia. entahlah tak tau mana yang betul :)

Zetty Izzati berkata...

CA ni budak KYM ke?

Cik Arnab berkata...

@Zetty Izzati :) Tak dear. CA just follow tweet KYM je :)

Asrul Abduriul berkata...

CUba kamu cek kat dinding mna taw ada mayat nabila...