Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Sepetang Bersama Jagung Kukus. Tutorial Mudah


Hye Peps. Hello Blogger. Nak tau petang tadi Cik Arnab kemana? Apa lagi. Ke dapurlah. Hehehe. Patutlah takde masa nak blogwalking komen dekat entry giveaway korang kan. Giveaway? Masih belum join lagi 1K Giveaway by Cik Arnab? Jom join SINI. Hadiah memang banyak. Berbalik pada topik utama kita. Jagung kukus. Pernah makan jagung kukus? Tak? Aku sekeh hang kang. Jangan nak kencing aku sangatlah. Baru tau ke Jagung kukus ni boleh buat kat rumah? Lahhh. Mudah, cepat, ringkas. Yang penting berbaloi. Jum tengok step di bawah.

STEP 1

Sediakan bahan. Apa yang korang Perlu :
- Jagung yang siap diupih. Dekat kedai banyak jagung yang segera.
- Susu pekat manis.
- Planta atau nama lain majerin.
- Gula pasir dan garam halus

STEP 2

Masukkan air ke dalam kuali. Sukatilah ye nak detak banyak mana.
STEP 3

Taruk susu pekat manis ke dalam kuali tu bila air agak mendidih. Sukahatilah nak taruk banyak mana ye. Kenapa kena taruk susu ketika buat jagung kukus? Sebab nak kasi bau jagung tu naik.

STEP 4

Ratakan susu pekat manis itu tadi ye. Kacau, kacau dan kacau hingga sebati.

STEP 5

Masukkan jagung pula ke dalam kuali.

STEP 6

Tutup dia ye sampai dia mendidih. Tunggu dan tunggu.

STEP 7

Yeay. Jagung saya dah mendidih. Dah nak masa lettew. Boleh tutup api.
STEP 8

Toskan jagung tersebut. Cara CA tos lagi mudah :3

STEP 9

Letakkan jagung yang sudah di tos itu ke dalam bekas ye.

STEP 10

Tarukkan sedikit garam halus dan gula pasir ye.

STEP 11

Taruk pula beberapa sudi planta. Gaul sebati keseluruhannya.

FINALLY

Akhirnya. Jagung kita sudah siap sedia untuk dimakan.
Senang kan? Daripada beli dekat kedai. Satu cup dah RM3.50. Rugi rugi. Buat sendiri dalam 30 minit je. Selamat Mencuba sayang sayang sekalian.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

10 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

Izan Ishak berkata...

sedapnyaaaa!!!

kak izan pun suka buat sendiri corn in cup ni. mmg jimat banyak $$$ kan cik arnab!

ezyra daniel berkata...

firstime tgk org buat sweet corn gne susu tu hehe

Cik Arnab berkata...

@Izan Ishak Lebih mudah. $$$ memang jimat sangat sangat :D

Cik Arnab berkata...

@ezyra daniel Ini pun ibu yang ajar sebab nanti bau jagung tu naik :D

Asma' Sah berkata...

Macam sedap je ,nk cuba la nnti ..

Hafiza AizZawa berkata...

fiza selalu letak susu lepas rebus sbb rs membazir pulak susu kalau rebus sekali...

Cik Arnab berkata...

@Asma' Sah meh lah Asma cuba tuto ni ^^ Jamin puas hati :3

Cik Arnab berkata...

@Hafiza AizZawa Yup. Hehehe. Kalau rebus sekali dengan susu memang banyak guna susu kak fiza ^^

Nur Farizah berkata...

macam sedap je,,hehe nanti saya nak cubelah ^^

ika zulkefli berkata...

betul tu kalau beli mahal kot..dah la sikit.. nanti boleh cuba ni..hehe