Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Simple Cooking by Budak 15 Tahun


Hye bloggers. Hello readers. Bersua lagi kita dalam rancangan Ketuk - ketuk selera by Cik Arnab. Muahaha baru intro dah ngarut acaner? Awaaa awak janganlah close lagi, mai baca sampai habiss naaa. Okey disebabkan blog ni dah bersawang apa segala natang semua ada, So CA memang plan nak update entry harini. Simple entry like my simple cooking. Huisssssh ni CA nak habang kat hang yang tadi tengah hari mama CA buli ceqqqq masak nahhh. Memula ceqqqq duduk rilexx jaa, then mak ceqqq cerita lah dengan muka seposen :

"Harini ibu teringin sangat nak makan masakan adik. Adik masak, Ibu rehat ye"

Ceqqq pun apelagi. Tercengang cengang fikir nak masak apa nahhhh. Tapi dalam hati ceqqq kata
"Kalau ibu boleh masak hari hari untuk hang, apelah sangat"

Akhirnya ceqqqq pun pi lah dapur nak tengok lah apa benda yang ada kan? Angpa tau ape yang ceq jumpe?

Ceqqq jumpa tiga benda je nahhh. Hurm tengok benda alah ni dalam kepala terfikir, nasi goreng, ayam celup tepung, Bendi belacan. Hah simple. Apa lagi, operasi dimulakan! :D


Hah, ni time ceqqq nak goreng nasi. Alah, ini ceqq selalu buat, so takde hal lah,

Then, sambil goreng nasi, goreng ayam yang dah dicelup tepung pula. Ini pun benda simple nah.

Lepas dah siap benda2 tu, ni hah bahagian yang paling mencabar bagi ceqqq. Haha aih Cik Arnab ni tak pernah masak bendi oi. Jadi terkial kial lah.Tapi ampa tau zaman sekarang semua dah maju. Apalagi ceqqq google jelah cari tuto. Hang tengoklah bendi tu. Ceqqq main potong je kahkah. Asal ada rupa sikit cukuplah en? Jelir lidah panjang panjang. Werkss :P

Ceqq dah penat peluh peluh baqq hang, malas gila nak tumbuk untuk buat bahan tumis, ceqqqq blend jelah semua bahan tu, Dalam hati pasrah jelah, tak jadi aku buang haha. Bila masak apesal bendi aku ni melekit sangat ni. Lah baru ceqqq tau, bendi tu tak boleh kene air. Sensitip katanya. Untuk permulaan ceq buat tiga batang je. Tapi ikut hati, memang rasa nak buang!

Then lepas mak CA mandi, ceqq ajaklah makan. Mak memang dah teruja. Bau menggoda katanya. Ceq pasrah jelah dalam hati, takutnya bendi tak jadi, takutnya nasi goreng terlebih masin. Sekali mak cek suap, angpaa tau apa yang keluar? "Sedap uii. Kenapa buat bendi sikit je? Ibu suka bendi lah". Lah iyeke? First try masak bendi ui. Haha. Rasa menyesal pulak sebab tak buat banyak. Haha ni lah antara rentetan ceqqq masak untuk tengah hari tadi.

Alalala. Mak baru puji sikit, muka dah kembang semangkuk puih haha.

Hah itu jelah yang ceqqq nak share dekat readers sekalian. Ceqqq memang tak nafi yang masak tu memang penat uih. Haha tapi ceqqq memang suka masak. Ni baru masak untuk mak sorang, belum lagi masak untuk husband and anak - anak kelak. Elelel berangan aip alahei. Haha, so pembaca - pembaca, ceq tengah mencari calon mak mertua ni? Ada yang sudi? Mai laju laju isi borang aih. HAHAHAHA. BYE UOLSSSS. CEQQ NAK BUAT DONUT PULAK. COMING SOON :P



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Resepi Spaghetti Carbonara Frozen Simple


Hye peps. Hello warga blogger. Fuuuhh. Bersawangnya blog ni. Alamaklumlah empunya diri ni nak exam orangnya. Nak menyinggah update blog memang tak ada masalah ye. Busy sakan nampaknya. Ni baru je habis trial. Takde idea nak update ape dah, tepu dah otak asyik mengadap buku 24 jam. Eh yeke? Ke ngadap wechat. Ihik ihik. So today CA nak update pasal resepi jelah ye. Resepi paling mudah ciptaan sendiri. Resepi Spaghetti Carbonara Frozen Simple yang boleh duk main campak campak. Hah simple sebab takyah taruk kimball or susu cair. Tak perlu ye sayang. Frozen pulak sebab guna bahan bahan frozen like daging burger and sosej. So, lets start guys!


- Air 
- Sosej & Daging Burger
- Spaghetti of course
- Prego Jenis Carbonara
- Bawang besar dan bawang putih
- Garam dan serbuk lada hitam
- Minyak Zaitun ( Minyak masak pun boleh )

STEP 1


Masak sosej and daging burger guna minyak zaitun. Guna planta pun boleh. Tapi kembang lah badan. So, siapa yang dalam mood diet tu digalakkan guna minyak zaitun ye. Lepas masak, biarkan dia menyejuk untuk seketika.

STEP 2


Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu kecil kecil. CA biasa guna bawang besar sebanyak 1 +1/2 biji dan bawang putih pula dalam 7 ulas. Sementara potong bawang ni, rebus lah spaghetti.

STEP 3


Daging burger dan sosej yang dah menyejuk tadi pula dipotong ya. CA biasa potong daging burger macam dadu dan sosej macam gambar dekat atas.

STEP 4

Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah dicincang dadu tadi dengan minyak zaitun. Mak CA kata, kalau guna minyak zaitun kurang kalori sikit. Hah, yelah anak ibu kenalah ikut cakap ibu. Ye dok? Hekhek.

STEP 5


After bawang bawang yang ditumis tadi nampak kekuningan, masukkan bahan bahan frozen yang engko dah potong tu ya.

STEP 6


Masukkan prego carbonara yang tin dia warna biru tu. Masukkan tanpa campur apa apa dahulu ye.

STEP 7


After that, barulah engko boleh tambah air. Agak agak ye tambah air, takut cair sangat. Tak sedap nanti. And then, tambah garam dengan lada hitam. Lada hitam taruk lebih baru sedap and rasa kuah dia agak likat sikit. Finally after nampak menggelegak sikit. Done :)


Yummy ! Selamat mencuba dan menjamu selera ye. Masak sendiri adalah cara yang paling menjimatkan. Takpayah susah susah nak beli dekat kedai. Kalau beli spaghetti dekat foodcourt pun dah berapa weyh? Tepuk dada tanyalah duit. Hahaha. Hope you try it. Thengz you.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tutorial SmartPhone Lenovo | Tukar Font Lenovo

Hye Blogger and Hello Peeps. Semua mesti sudah tahu bahawa SmartPhone yang jenama Lenovo gitu semakin mendapat perhatian. Ye dakkk ? xD Sudah tentu. Disamping harganya yang murah dan kualitinya yang baik, ianya setanding SmartPhone yang terkenal seperti Jenama Samsung dan sebagainya. Eh, aku ni nak cerita tutorial or promote produk ni opsss. Heee So Let GO Guys. Step By Step CA akan tunjuk. Semoga memahami. Diharapkan tuto ini membantu masalah anda.
*Click Untuk Pembesaran ok. Muehehe :*


STEP 1 : Anda wajib mengroot Telefon Anda. Boleh tengok tutorial root telefon DI SINI . Root ini penting ya. Tanpa Root anda tidak boleh tukar font kecuali telefon brand samsung. If takut nak root sendiri, Boleh hantar ke kedai untuk diroot. Jika SmartPhone anda sudah memppunyai aplikasi SUPER SU ataupun SUPER USER, bermakna telefon anda memang sudah diroot. Jadi Let's go guy ke Step yang kedua.


STEP 2 : Step ini Sangat Mudah dan Simple. Anda hanya perlu membuka Aplikasi Play Store dan downloadlah aplikasi iFont.


STEP 3 : Setelah selesai menjalankan kedua - dua step tersebut. Inilah masa kita menggunakan aplikasi SUPER SU atau SUPER USER kita itu okey ;). You Alls buka U Alls punya Aplication SUPER SU atau SUPER USER. Dekat aplikasi tu automatik dia akan keluar iFont. Just Click dekat iFont tu okey.


STEP 4 : After anda click iFont pada step 3 tadi, automatik akan keluar satu popup. Hah, yang ni penting. Pastikan maklumat untuk Akses adalah DIBENARKAN dan maklumat untuk Notifikasi adalah DIAKTIFKAN. Lepas siap, apa lagi. Klik Simpanlah !


STEP 5 : Lepas itu, back back back and back haha. So U Alls hanya perlu buka aplikasi iFont yang U Alls dah donwload tadi okey. Nanti keluar macamni. Just klik english dan cari Font apa yang U Alls berkenan.


STEP 5 : Setelah ada font yang berkenan di hati, apa lagi Sila download ye sayang sayang.


STEP 7 : Lepas dah download. Dia akan keluar macamni. Just be relax and click Set.


STEP 8 : Lepak klik set, akan keluar popup macamni. Just klik Okey dan Phone anda akan reboot dengan sendirinya. If Phone anda restart sendiri. Jangan risau, itulah yang dinamakan reboot :). That's All, after phone anda restart, anda dapat menyaksikan telefon anda berubah wajah and awhh. Mesti anda semakin bersemangat untuk menatap screen hefon gitu gitu hehe. Finised All step yaww.

P/s : Tutorial ini boleh digunakan untuk semua jenis SmartPhone sebenarnya seperti Lenovo, Asus, Sony, HTC dan sebagainya. Samsung pon boleh. Cuma anda perlu ubah setting di iFont tanpa perlu root telefon. Itu sahaja. Selamat mencuba. Let's drop your feedback dekat kotak komen okey :). Terima Kasih.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Hello Penggemar Cheezy Wedges


Hello bloggers and quiet readers. Pernah rasa cheezy wedges di KFC tu tak? Tipulak tak pernah. CA pun suke cheezy wedges tu, tapi tak adalah selalu beli sebab rasa tersangat membazir. Tetapi sekarang masalah anda boleh diselesaikan. Tahu tak cheezy ni dah boleh berdiy sekarang. Ye, boleh buat sendiri, tak perlu nak membazir minyak motor. Maybe kos juga lebih murah dan dapat makan dalam kuantiti yang lebih banyak. Berbaloi bukan? Jom Cuba resepi di bawah.

Diy Recipe Cheezy Wedges:



Bunga Cheese Powder ( IMPORTANT)
Mayonis - Tak kira brand apa pun
Potato Wedges Segera
Air Suam

First Step :



Panaskan minyak dan goreng sahaja Potato Wedges segera ni. Potato segera ni boleh dapatkan dekat giant, tesco dan pasaraya di sekitar rumah anda. Peace ^.^

Second Step :


Sementara nak tunggu potato kita siap digoreng, mari kita siapkan dahulu cheese sos kita. Mudah sahaja, pertama sekali, tuangkan serbuk cheese kedalam mangkuk. Yang kedua, Masukkan air dengan suhu yang sederhana, kuantiti air agak - agak ye. Yang ketiga, gaulkan sebati sampai dia likat. Siap !
Third Step :


Dah siap, mudah, ringkas, jimat masa. Ikut sukati korang nak makan macammana. Dengan Nugget pon boleh tau. Yummy and tasty.

Review Bunga Cheese Powder :


Here The Details :

Net Weight : 100 g ( Yang 200 gram pun ada )
Price 100 g  : Ask the admin. Maybe can get discount
Can Buy At : Bunga Cheese Powder Page
Taste View  : So Yummy, tasty. Maybe lagi sedap dari KFC punye.

Sesiapa yang dah cuba, let me know your feedback. Ihik. Thengz you very Much.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tolong Tolong ! Baby Cik Arnab Cedera Parah






Hello Bloggers, Hye peps. Dah bace tajuk. Mesti punye excited mau terjah kan? Omomomo. CA belum kahwin, macammana mau punye baby. Yang penting tetap ada baby. But baby doll. Eh eh, korang perempuan ke lelaki? Kalau perempuan, nampak benor menipunya kalau takde teddy bear. Mana taknya, masa sedih cari teddy bear, masa menangis peluk teddy, masa tidur and segala masa - masa yang lain lah. Perempuan dengan teddy bear memang tak dapat dipisahkan. Percayalah sebab CA juga seorang perempuan.

Dah lama sangat sangat sangat CA tak aktif dalam berblogging ni. Biasalah, tahun ni exam besar. PBSMR lah katakan. Jadi homework tu jangan ceritalah. Fuuuh, tiup habuk. Jadi, korang nampak tak gambar dekat atas tu? Itulah kawan CA dekat rumah. CA ada dua orang adik beradik je. Jadi, tersangatlah bosan. Siapa lagi yang mau teman, Teddy bear ucuk- ucuk tulah teman. Tapi korang tengoklah, habis rabak dah dia.

Oh my mood, CA memang malas bab jahit - jahit ni, Kesian baby CA. Ini hadiah dari ibu CA masa birthday CA time umur berapa tah. Btw teddy ni memang dah lama gila gila berkhidmat untuk CA. First time CA dapat patung ni, memang feeling excited gegiler. Dengan berbungkus dengan plastik, CA tidur dengan dia. Dan kebetulan pulak malam tu CA mimpi bad dream iaitu teddy ni bunuh CA. Hahaha, kelakar bukan. Masa tu CA bebudak lagi, Ya Allah punyelah takut. Terus campak tepi teddy ni. Mana taknya, mesti korang pernah dengar story yang kalau kita ada teddy bear, nanti malam - malam dia bangun mintak nyawa.

Tapi sekarang memang pelik, kalau tak ada teddy bear ni, susah betul nak lelap. Ape apepun, walau dia rabak macam mana sekalipun, dia tetap suami CA, Kawan CA, baby CA, semuanyalah. Bagilah patung baru besar mana pun, CA tetap nak patung ni jugak. Terima kasih teddy bear dah berkhidmat lama with your mama. Nanti bila free, mama jahit kamu dengan penuh kasih sayang ya. Terima kasih again and again.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿