Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Hello Penggemar Cheezy Wedges


Hello bloggers and quiet readers. Pernah rasa cheezy wedges di KFC tu tak? Tipulak tak pernah. CA pun suke cheezy wedges tu, tapi tak adalah selalu beli sebab rasa tersangat membazir. Tetapi sekarang masalah anda boleh diselesaikan. Tahu tak cheezy ni dah boleh berdiy sekarang. Ye, boleh buat sendiri, tak perlu nak membazir minyak motor. Maybe kos juga lebih murah dan dapat makan dalam kuantiti yang lebih banyak. Berbaloi bukan? Jom Cuba resepi di bawah.

Diy Recipe Cheezy Wedges:



Bunga Cheese Powder ( IMPORTANT)
Mayonis - Tak kira brand apa pun
Potato Wedges Segera
Air Suam

First Step :



Panaskan minyak dan goreng sahaja Potato Wedges segera ni. Potato segera ni boleh dapatkan dekat giant, tesco dan pasaraya di sekitar rumah anda. Peace ^.^

Second Step :


Sementara nak tunggu potato kita siap digoreng, mari kita siapkan dahulu cheese sos kita. Mudah sahaja, pertama sekali, tuangkan serbuk cheese kedalam mangkuk. Yang kedua, Masukkan air dengan suhu yang sederhana, kuantiti air agak - agak ye. Yang ketiga, gaulkan sebati sampai dia likat. Siap !
Third Step :


Dah siap, mudah, ringkas, jimat masa. Ikut sukati korang nak makan macammana. Dengan Nugget pon boleh tau. Yummy and tasty.

Review Bunga Cheese Powder :


Here The Details :

Net Weight : 100 g ( Yang 200 gram pun ada )
Price 100 g  : Ask the admin. Maybe can get discount
Can Buy At : Bunga Cheese Powder Page
Taste View  : So Yummy, tasty. Maybe lagi sedap dari KFC punye.

Sesiapa yang dah cuba, let me know your feedback. Ihik. Thengz you very Much.



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Tolong Tolong ! Baby Cik Arnab Cedera Parah






Hello Bloggers, Hye peps. Dah bace tajuk. Mesti punye excited mau terjah kan? Omomomo. CA belum kahwin, macammana mau punye baby. Yang penting tetap ada baby. But baby doll. Eh eh, korang perempuan ke lelaki? Kalau perempuan, nampak benor menipunya kalau takde teddy bear. Mana taknya, masa sedih cari teddy bear, masa menangis peluk teddy, masa tidur and segala masa - masa yang lain lah. Perempuan dengan teddy bear memang tak dapat dipisahkan. Percayalah sebab CA juga seorang perempuan.

Dah lama sangat sangat sangat CA tak aktif dalam berblogging ni. Biasalah, tahun ni exam besar. PBSMR lah katakan. Jadi homework tu jangan ceritalah. Fuuuh, tiup habuk. Jadi, korang nampak tak gambar dekat atas tu? Itulah kawan CA dekat rumah. CA ada dua orang adik beradik je. Jadi, tersangatlah bosan. Siapa lagi yang mau teman, Teddy bear ucuk- ucuk tulah teman. Tapi korang tengoklah, habis rabak dah dia.

Oh my mood, CA memang malas bab jahit - jahit ni, Kesian baby CA. Ini hadiah dari ibu CA masa birthday CA time umur berapa tah. Btw teddy ni memang dah lama gila gila berkhidmat untuk CA. First time CA dapat patung ni, memang feeling excited gegiler. Dengan berbungkus dengan plastik, CA tidur dengan dia. Dan kebetulan pulak malam tu CA mimpi bad dream iaitu teddy ni bunuh CA. Hahaha, kelakar bukan. Masa tu CA bebudak lagi, Ya Allah punyelah takut. Terus campak tepi teddy ni. Mana taknya, mesti korang pernah dengar story yang kalau kita ada teddy bear, nanti malam - malam dia bangun mintak nyawa.

Tapi sekarang memang pelik, kalau tak ada teddy bear ni, susah betul nak lelap. Ape apepun, walau dia rabak macam mana sekalipun, dia tetap suami CA, Kawan CA, baby CA, semuanyalah. Bagilah patung baru besar mana pun, CA tetap nak patung ni jugak. Terima kasih teddy bear dah berkhidmat lama with your mama. Nanti bila free, mama jahit kamu dengan penuh kasih sayang ya. Terima kasih again and again.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿