Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Resepi Spaghetti Carbonara Frozen Simple


Hye peps. Hello warga blogger. Fuuuhh. Bersawangnya blog ni. Alamaklumlah empunya diri ni nak exam orangnya. Nak menyinggah update blog memang tak ada masalah ye. Busy sakan nampaknya. Ni baru je habis trial. Takde idea nak update ape dah, tepu dah otak asyik mengadap buku 24 jam. Eh yeke? Ke ngadap wechat. Ihik ihik. So today CA nak update pasal resepi jelah ye. Resepi paling mudah ciptaan sendiri. Resepi Spaghetti Carbonara Frozen Simple yang boleh duk main campak campak. Hah simple sebab takyah taruk kimball or susu cair. Tak perlu ye sayang. Frozen pulak sebab guna bahan bahan frozen like daging burger and sosej. So, lets start guys!


- Air 
- Sosej & Daging Burger
- Spaghetti of course
- Prego Jenis Carbonara
- Bawang besar dan bawang putih
- Garam dan serbuk lada hitam
- Minyak Zaitun ( Minyak masak pun boleh )

STEP 1


Masak sosej and daging burger guna minyak zaitun. Guna planta pun boleh. Tapi kembang lah badan. So, siapa yang dalam mood diet tu digalakkan guna minyak zaitun ye. Lepas masak, biarkan dia menyejuk untuk seketika.

STEP 2


Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu kecil kecil. CA biasa guna bawang besar sebanyak 1 +1/2 biji dan bawang putih pula dalam 7 ulas. Sementara potong bawang ni, rebus lah spaghetti.

STEP 3


Daging burger dan sosej yang dah menyejuk tadi pula dipotong ya. CA biasa potong daging burger macam dadu dan sosej macam gambar dekat atas.

STEP 4

Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah dicincang dadu tadi dengan minyak zaitun. Mak CA kata, kalau guna minyak zaitun kurang kalori sikit. Hah, yelah anak ibu kenalah ikut cakap ibu. Ye dok? Hekhek.

STEP 5


After bawang bawang yang ditumis tadi nampak kekuningan, masukkan bahan bahan frozen yang engko dah potong tu ya.

STEP 6


Masukkan prego carbonara yang tin dia warna biru tu. Masukkan tanpa campur apa apa dahulu ye.

STEP 7


After that, barulah engko boleh tambah air. Agak agak ye tambah air, takut cair sangat. Tak sedap nanti. And then, tambah garam dengan lada hitam. Lada hitam taruk lebih baru sedap and rasa kuah dia agak likat sikit. Finally after nampak menggelegak sikit. Done :)


Yummy ! Selamat mencuba dan menjamu selera ye. Masak sendiri adalah cara yang paling menjimatkan. Takpayah susah susah nak beli dekat kedai. Kalau beli spaghetti dekat foodcourt pun dah berapa weyh? Tepuk dada tanyalah duit. Hahaha. Hope you try it. Thengz you.




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿