Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Simple Cooking by Budak 15 Tahun


Hye bloggers. Hello readers. Bersua lagi kita dalam rancangan Ketuk - ketuk selera by Cik Arnab. Muahaha baru intro dah ngarut acaner? Awaaa awak janganlah close lagi, mai baca sampai habiss naaa. Okey disebabkan blog ni dah bersawang apa segala natang semua ada, So CA memang plan nak update entry harini. Simple entry like my simple cooking. Huisssssh ni CA nak habang kat hang yang tadi tengah hari mama CA buli ceqqqq masak nahhh. Memula ceqqqq duduk rilexx jaa, then mak ceqqq cerita lah dengan muka seposen :

"Harini ibu teringin sangat nak makan masakan adik. Adik masak, Ibu rehat ye"

Ceqqq pun apelagi. Tercengang cengang fikir nak masak apa nahhhh. Tapi dalam hati ceqqq kata
"Kalau ibu boleh masak hari hari untuk hang, apelah sangat"

Akhirnya ceqqqq pun pi lah dapur nak tengok lah apa benda yang ada kan? Angpa tau ape yang ceq jumpe?

Ceqqq jumpa tiga benda je nahhh. Hurm tengok benda alah ni dalam kepala terfikir, nasi goreng, ayam celup tepung, Bendi belacan. Hah simple. Apa lagi, operasi dimulakan! :D


Hah, ni time ceqqq nak goreng nasi. Alah, ini ceqq selalu buat, so takde hal lah,

Then, sambil goreng nasi, goreng ayam yang dah dicelup tepung pula. Ini pun benda simple nah.

Lepas dah siap benda2 tu, ni hah bahagian yang paling mencabar bagi ceqqq. Haha aih Cik Arnab ni tak pernah masak bendi oi. Jadi terkial kial lah.Tapi ampa tau zaman sekarang semua dah maju. Apalagi ceqqq google jelah cari tuto. Hang tengoklah bendi tu. Ceqqq main potong je kahkah. Asal ada rupa sikit cukuplah en? Jelir lidah panjang panjang. Werkss :P

Ceqq dah penat peluh peluh baqq hang, malas gila nak tumbuk untuk buat bahan tumis, ceqqqq blend jelah semua bahan tu, Dalam hati pasrah jelah, tak jadi aku buang haha. Bila masak apesal bendi aku ni melekit sangat ni. Lah baru ceqqq tau, bendi tu tak boleh kene air. Sensitip katanya. Untuk permulaan ceq buat tiga batang je. Tapi ikut hati, memang rasa nak buang!

Then lepas mak CA mandi, ceqq ajaklah makan. Mak memang dah teruja. Bau menggoda katanya. Ceq pasrah jelah dalam hati, takutnya bendi tak jadi, takutnya nasi goreng terlebih masin. Sekali mak cek suap, angpaa tau apa yang keluar? "Sedap uii. Kenapa buat bendi sikit je? Ibu suka bendi lah". Lah iyeke? First try masak bendi ui. Haha. Rasa menyesal pulak sebab tak buat banyak. Haha ni lah antara rentetan ceqqq masak untuk tengah hari tadi.

Alalala. Mak baru puji sikit, muka dah kembang semangkuk puih haha.

Hah itu jelah yang ceqqq nak share dekat readers sekalian. Ceqqq memang tak nafi yang masak tu memang penat uih. Haha tapi ceqqq memang suka masak. Ni baru masak untuk mak sorang, belum lagi masak untuk husband and anak - anak kelak. Elelel berangan aip alahei. Haha, so pembaca - pembaca, ceq tengah mencari calon mak mertua ni? Ada yang sudi? Mai laju laju isi borang aih. HAHAHAHA. BYE UOLSSSS. CEQQ NAK BUAT DONUT PULAK. COMING SOON :P



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

0 Sweetheart Alia Taip - Menaip: