Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



Kelahiran Anak Pertamaku ft. Anakku... Akhirnya Kau Pergi Jua

AllahuAkbar. AllahuAkbar. Terdengar bunyi tangisanmu sayang. Pada tanggal 10.4.15 ini, lahirlah Perwira, Yang tidak sama sekali dijangkai. Terpancar sebuah senyuman, Yang terukir di bibir ini, kerana kelahiranmu yang teristimewa. Menjadi penyeri Mahligai Kasih, Pemangkin sebuah kebahagiaan, Engkaulah Permata hati, Dambaan Kasih Ini. Penawar Duka dan lara. Menghilangkan Segala Kepedihan. Engkaulah harapan, Kelahiranmu membawa erti kebahagiaan. Semoga kau kekal dalam ingatan, Insan insan di sekelilingmu. Anakku :')
Kronologi kelahiran Si Yatim Piatu Yang Teristimewa

10.4.15 - Jumaat


Saya Jumpa Dia. Ye Saya Jumpa. Bawah dapur saya. Berdarah. Masih baru lahir tapi dah ditinggalkan ibunya. Kesian. Saya takut dia sejuk. Saya ambik masukkan dalam kotak yang dilapik kain. First day, Saya hanya letakkan di luar rumah. Takut parents marah.

Comel kan? Gaya dia tidur, buat hati saya tenang. Tak pernah setenang ini. Ye saya mengaku. Saya dah jatuh hati dengan dia. Sangat sangat. Tapi hati saya risau. Apa yang perlu saya buat untuk pastikan dia bertahan. Sedangkan kucing yang dah bercerai susu pun adakalanya tak mampu bertahan. Ini pula baru 1 hari. Boleh bayangkan? Saya google saya instagram. Saya cari cara. 2 hari dia tak makan tak minum. Astaghfirullah saya tak mampu bayangkan seksanya dia. 

Saya pergi petshop yang terdekat. Saya beli botol susu, susu, picagari. Saya tak kisah habis duit banyak mana, ikat perut lama mana. Yang saya nak. Dia makan, dia selamat. Saya Sayang awak.

Bila sendiri yang susukan, yang apa semua. Rasa macam anak sendiri. Rasa sayang tu makin bertambah. Orang tak faham, sebab dia tak rasa.

Saya google. Saya cari "Cara jaga anak kucing baru lahir ditinggalkan ibunya". Mereka kata anak kucing tak pandai nak buang najis sendiri. Biasa ibu dia yang akan jilat tang tuutt dia tu. Tapi kucing saya takde ibu. Saya lah ibu dia. Dengan guna tisu lembap, saya lapkan sikit dekat tuutt dia tu. Keluarlah semua. Tak semua mampu lakukan ini. Tapi saya sayang. Saya sanggup.

Kucing baru lahir antibodi dia lemah. Lagi lagi bila takde ibu. Jadi dia perlukan persekitaran yang besih. Time hujung minggu boleh lah saya pantau. Time school week? Saya hanya akan ada dekat rumah lepas balik tuisyen pukul 10. Bukan 10 pagi sayang, 10 malam. Balik balik saya akan terus susukan mereka. Walau malam pun saya akan kerahkan diri pergi cuci kain walau kadang2 siap mencuci pukul 12 lebih. Saya tak kesah semua tu. Saya nakkan mereka selamat.

15.4.2015 - Perginya Anakku Sayang.



Saya balik sekolah. Saya tengok yang hitam lemah. Minum susu taknak. Mengiau perlahan. Diam. Badan dia mula berbau. Saya tak sanggup. Hari dah malam. Susu pula hampir habis. Malam tu saya ingat jam pukul 10. Saya kerah pergi pekan. Dalam Hati saya Mohon Moga PetShop Bukak. Harapan Saya hampa. Saya pergi keliling pekan. Saya harap ada yang jual susu kucing. Tapi saya balik rumah dengan hampa. Tapi yang paling hampa...... Dia dah pergi. Allah. Saya tak kuat. Dia pergi tanpa saya sempat berada di sampingnya. Ibu kata "Kucing kalau dia nak pergi, dia taknak kita ada. Dia taknak kita sedih" Allah.

16.4.2015 - Si Kelabu


Saya baru balik sekolah. Saya jengah kotak. Saya tengok tinggal sekor. Ya Allah. Saya tanya semua orang mana sekor lagi. Ibu serba salah. Ibu cakap sekor lagi dah prgi. Hanya Allah sahaja yang tau betapa luluhnya hati ini. Sekali lagi saya tak berpeluang berada di sisi mereka dia saat saat mereka hampir pergi. "Dia taknak kita ada, Dia taknak kita sedih".

16.4.2015 - Si Tembam Tumbun


Dari petang, saya luangkan masa dengan si tembam ni. Ini yang paling tembam. Paling besar. Paling kuat menyusu. Dah Suara paling kecik :') Dia juga Yang paling melekat dekat hati saya. Petang tu saya dah sedar perubahan dia. Dia dah mula diam. Mula taknak menyusu. Badan Dah Mula Berbau. Saya peluk dia erat erat. Saya sempat buat sight moment dengan dia. Saya tau. Saat ini dia juga mahu pergi tinggalkan saya. Allah sungguh saya tak kuat. Sampai malam saya ada di sisi dia. Saya kuatkan hati. Saya redha. Saya bagi tau ibu "Pagi esok adik bangun, adik dapat rasa dia dah tak ada".

17.4.2015 - Jumaat. Genap Seminggu

Betul jangkaan saya. Subuh subuh ibu kejutkan saya. Katanya yang terakhir sudah pergi. Ya Tuhan. Saat ini saya rasa sakit yang paling sakit sampai air mata saya juga tak mampu keluar. Saya tatap dia untuk kali terakhir. Genap seminggu dia melawan kesakitan, mengajar diri untuk tabah menjadi yatim piatu. Apa lagi yang tinggal. Hanya kenangan dan air mata. Aku redhakan dia pergi. Cukuplah dia terseksa di sini. 

Kenangan Terakhir

Harapan Saya nak tengok dia buka mata. Nak dia kenal siapa saya. Allah. Tapi harapan tinggal harapan. Allah lebih sayangkan dia. Saya tau Saya bukan sesiapa dan apa yang ada cuma sementara. Tapi seminggu yang penuh airmata ini sangat cukup mengajar saya erti kasih sayang, pengorbanan dan erti kehilangan. Ikut hati memang terguris, terhiris. Tapi siapa saya nak tolak takdir Allah? Pergilah anak Ibu sayang. Cuma saya harap. Saya sempat untuk membantu haiwan yang lain juga. Semoga. Semoga Allah murahkan rezeki saya. Untuk bantu kucing jalanan yang lain juga. Itu azam saya. Saya akan cuba. 

Awakkk. Bantulah mereka. Kasihanilah haiwan haiwan jalanan ini. Jauh di sudut hati mereka "Siapalah Aku. Aku yang selalu disepak sepak oleh manusia. Aku di pandang hina oleh manusia. Derita aku tiada siapa yang tahu. Sakit aku tiada siapa yang peduli. Hanya bertambah sakit ku ini. Dalam keadaan ku ini, ramai yang jijik memandangku. Kehidupanku tak menentu. Kadang2 ada, kadang2 tak ada untukku makan. Aku hanya meminta sedikit makanan. Aku pergi sini sana. Tapi tiada siapa yang peduli".

Tolong. Tolong. Sayangilah makhluk Allah yang lain juga. Kita sempurna. Ada akal boleh berfikir. Kehidupan kita selesa. Tapi gunalah Akal yang Allah beri untuk renungi siapa yang dia bawah kita. Fikirlah andai kita ditempatnya. 

Luahan hati Ibu,
Buatmu kucing kucing Ibu yang Tersayang.






✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

SmartPhone Lenovo Anda Original Atau tiruan?




Hye blogger, hello to all readers, Pernah dengar smartphone brand Lenovo? Tak pernah? Macam tak betul je, macam tipu je. Telefon pintar Lenovo yang semakin banjir di pasaran membuatkan pengguna sering kali rambang mata, especially kalau dapat tawaran harga yang sangat murah berbanding harga jualan asal.

Tetapi, satu yang korang kena ambil peduli, yang korang beli tu lenovo Original atau Tiruan. Al - maklumalah, sekarang teknologi makin maju, ada phone klon, AP Set apa semua. Rata rata zaman sekarang, seller kedai pun banyak yang dah pandai menipu. Bila korang tanya dia kata Original Set punya, tapi rupa - rupanya yang korang beli tu sebenarnya AP Set. Tak rasa rugi ke habis beratus - beratus ringgit untuk produk yang korang yakin ori, tetapi sebaliknya anda tertipu! 

Perbezaan antara kategori ini biasanya dilihat dari segi:
1. Jaminan Warranty. Kebiasaanya AP Set lebih lama ( Sekitar 2 tahun atau lebih ). Biasanya kalau korang beli dekat kedai, then seller tu akan cakap, "eh kalau ada apa apa problem, u hantar dekat ini kedai balik maa"., Hah, kalaulah dia cakap. Sebabnya Kalau phone lenovo, center takkan support warranty okay!
2. Bahasa, Pembungkusan, Cap SIRIM, Manual dan sebagainya,

Tips Pembelian:
1. Check IMEI phone anda. IMEI ni dia berbeza - beza bagi tiap tiap phone. Macam pengenalan diri korang lah, setiap orang mesti ada kad pengenalan.

Cara Menyemak Keaslian Lenovo:
STEP 1

Buka laman web rasmi pengesahan jaminan Lenovo DI SINI

STEP 2
Check IMEI guna telefon anda. Cara check IMEI adalah dengan dail *#06#. Dia akan muncul macam contoh gambar dekat atas ni. *Image from google*. Kalau phone korang keluar 2 IMEI, jangan gelabah. Rata rata brand lenovo sediakan spefikasi dengan dual sim right? Jadi ingat dua dua kod IMEI ni, kalau tak ingat pe susah, salin or Screen Capture. Mudah. And one more thing, jangan mudah percaya kod IMEI yang dekat kotak. Sometimes, ada problem yang kod IMEI yang dekat kotak lain, dekat phone lain. Itu confirm phone anda tak original sayang.

STEP 3

Apabila dah dapat IMEI, masukkan dekat kotak kosong. Bagi yang dual sim tadi tu, try ONE BY ONE okies? Then klik check warranty. Anda akan dapat pemberitahuan berkenaan tarikh start till the end warranty. Korang jugak boleh check status warranty, jenis warranty and lain2. Congrates, kalau phone korang ori sebab kalau korang punye hp ada problem, korang boleh baiki dekat mana mana pusat perkhidmatan Lenovo.

FINAL

Kalau keluar macamni? CA harap korang janganlah menangis tepi bucu katil, sebaliknya... Kalau masa korang beli phone, owner kedai tu kata ori, pi serang dia keyh. Kuang kuang. Harap lepasni kita tak terus diperbodohkan dengan penipuan. Harap segala tips di blog ini membantu yah.

P/s: Sekiranya ada kekurangan, mohon di betulkan ya wahai otai otai. Nak tau CA punye lenovo ori ke tak, tunggu di next entry yah. Kalau dah cuba, boleh tinggalkan feedback dekat kotak komen. Harap membantu dan terima kasih :)




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

ShawlsToLove Pilihan Muslimah Sejati


Hye bloggers, hello all readers. This entry CA nak review one online shop yang orang kata memang the best untuk para para muslimah yang suka bergaya tapi masih patuh akan syariat. This online page memang menjual shawl shawl yang bersaiz XL dan others dengan pelbagai pilihan warna dan pattern yang begitu menarik. Dekat page ni jugak korang boleh beli and the best boleh borong ! The owner also is too trusted person and give u allss 5 stars layanan yang memang daebak. Buat servis dengan begitu lancar dan cepat. So, dekat bawah ni, CA sertakan link link untuk korang like and usya usya okeyh? Jangan lupa like their page sekali.
         
ABOUT SHAWLSTOLOVE :
ShalwsToLove ni provide custom made wide shawls. Specialized in shawl labuh. Founded sebab nak DAKWAH to people. Alhamdulillah bagus niat owner. People wearing shawl labuh pun boleh cantik with affordable price yang tak rabakkan poket students. Ahaks. Selain tu, STL pun jual tudung AKEL especially for students. ShawlsToLove also provided high quality muslimah T-shirt.

CONTACT HERE :
SMS / Whatsapp : 0136392725

[ BATCH 3 ] SAWDA SHAWL
Price : RM 38 (exc postage )
Code: SS01
Measurement : 2.0m x 0.7m
Material: High quality Italian Chiffon

Pelbagai Pattern menarik. More Di Sini

Measurement yang panjang. Lilit 3 kali pun boleh ahaks!

Lebar. Ini paling awesome. Kalau korang lilit for sure melepasi dada dan bahu. Like!

Beralun di hujung. Aww lebih style gitu muslimah!

Mudah dibentuk. Shawl yang tak melekap kat muka. This! 

Labuh. Melepasi dada dan bahu. Awesome like !

Macam macam style yang korang boleh gayakan !

So ape yang korang tunggu? Checkout ShalwsToLove Now!

P/s: Maaf atas segala kekurangan semasa membuat review. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kesalahan diri saya sendiri. No more judge, spam and others. Happy 2015. Selamat membaca. Terima Kasih.


✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

Shawlora For Peminat Tegar Halfmoon & Pandora


Assalamualaikum, harini CA nak review satu online shop yang boleh dikatakan menyediakan service yang sangat memuaskan hati dengan kualiti produk yang terbaik dan layanan yang gila best dari ladang. Their page now lebih aktif menjual ladies watch/ accecories. So dekat bawah ni CA lekatkan link link yang boleh korang usya ye. Bukan usya je, mesti kena borong sekali aih hihi
      
CONTACT HERE :
Facebook Page
Instagram
Website
SMS / Whatsapp : 0166898121

HALFMOON ADLINA
Harga : RM45
Material : High quality chiffon dengan kombinasi 3 warna, kain yang lembut dan mudah dibahagian awning.
Special : Dijahit bersama inner dan sangat menarik bagi anda yang kurang gemar "innerneck".


Pelbagai pilihan dengan kombinasi 3 warna. More Di sini

3 Kombinasi Warna Yang Menarik!

Lengkap dijahit bersama inner!

Pelbagai Pilihan Warna!

Awning kemas dan mudah dibentuk, Labuh mengikut Syariat,

Jadi apalagi? Ayuh ke Shawlora sekarang.

P/s : Maaf atas segala kekurangan semasa membuat review. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kesalahan saya sendiri. No more judge, spam and others. Happy 2015. Selamat membaca. Terima kasih



✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿