Status

Hye guys. Welcome to Rabbit Purple World//



SmartPhone Lenovo Anda Original Atau tiruan?




Hye blogger, hello to all readers, Pernah dengar smartphone brand Lenovo? Tak pernah? Macam tak betul je, macam tipu je. Telefon pintar Lenovo yang semakin banjir di pasaran membuatkan pengguna sering kali rambang mata, especially kalau dapat tawaran harga yang sangat murah berbanding harga jualan asal.

Tetapi, satu yang korang kena ambil peduli, yang korang beli tu lenovo Original atau Tiruan. Al - maklumalah, sekarang teknologi makin maju, ada phone klon, AP Set apa semua. Rata rata zaman sekarang, seller kedai pun banyak yang dah pandai menipu. Bila korang tanya dia kata Original Set punya, tapi rupa - rupanya yang korang beli tu sebenarnya AP Set. Tak rasa rugi ke habis beratus - beratus ringgit untuk produk yang korang yakin ori, tetapi sebaliknya anda tertipu! 

Perbezaan antara kategori ini biasanya dilihat dari segi:
1. Jaminan Warranty. Kebiasaanya AP Set lebih lama ( Sekitar 2 tahun atau lebih ). Biasanya kalau korang beli dekat kedai, then seller tu akan cakap, "eh kalau ada apa apa problem, u hantar dekat ini kedai balik maa"., Hah, kalaulah dia cakap. Sebabnya Kalau phone lenovo, center takkan support warranty okay!
2. Bahasa, Pembungkusan, Cap SIRIM, Manual dan sebagainya,

Tips Pembelian:
1. Check IMEI phone anda. IMEI ni dia berbeza - beza bagi tiap tiap phone. Macam pengenalan diri korang lah, setiap orang mesti ada kad pengenalan.

Cara Menyemak Keaslian Lenovo:
STEP 1

Buka laman web rasmi pengesahan jaminan Lenovo DI SINI

STEP 2
Check IMEI guna telefon anda. Cara check IMEI adalah dengan dail *#06#. Dia akan muncul macam contoh gambar dekat atas ni. *Image from google*. Kalau phone korang keluar 2 IMEI, jangan gelabah. Rata rata brand lenovo sediakan spefikasi dengan dual sim right? Jadi ingat dua dua kod IMEI ni, kalau tak ingat pe susah, salin or Screen Capture. Mudah. And one more thing, jangan mudah percaya kod IMEI yang dekat kotak. Sometimes, ada problem yang kod IMEI yang dekat kotak lain, dekat phone lain. Itu confirm phone anda tak original sayang.

STEP 3

Apabila dah dapat IMEI, masukkan dekat kotak kosong. Bagi yang dual sim tadi tu, try ONE BY ONE okies? Then klik check warranty. Anda akan dapat pemberitahuan berkenaan tarikh start till the end warranty. Korang jugak boleh check status warranty, jenis warranty and lain2. Congrates, kalau phone korang ori sebab kalau korang punye hp ada problem, korang boleh baiki dekat mana mana pusat perkhidmatan Lenovo.

FINAL

Kalau keluar macamni? CA harap korang janganlah menangis tepi bucu katil, sebaliknya... Kalau masa korang beli phone, owner kedai tu kata ori, pi serang dia keyh. Kuang kuang. Harap lepasni kita tak terus diperbodohkan dengan penipuan. Harap segala tips di blog ini membantu yah.

P/s: Sekiranya ada kekurangan, mohon di betulkan ya wahai otai otai. Nak tau CA punye lenovo ori ke tak, tunggu di next entry yah. Kalau dah cuba, boleh tinggalkan feedback dekat kotak komen. Harap membantu dan terima kasih :)




✿ Thengz Sudi Baca Entry Yang Tak Seberapa Ni ✿

2 Sweetheart Alia Taip - Menaip:

NJihe.am berkata...

Salam singgah,
terjah segmen sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html

Muhammad Ridwan berkata...

Assalamualaikum, saya pon terkena nie .. baru beli beberapa hari pastu handphone saya ada masalah .. saya check2 imei. . tgk tak kuar ape2 ..dia tulis " No result to found " .. rase boleh bawa benda ini ke mahkamah ker atau buat report ?